Deskripsi tugas mengikut jawatan.
Tugas Penaung
1. Memastikan setiap perancangan aktiviti kokurikulum adalah berdasarkan Dasar Kementerian Pelajaran dan Surat Pekeliling Ikhtisas.
2. Memantau, menilai dan memperbaiki aktiviti kokurikulum sekolah
Tugas Pengerusi
1. Menentukan objektif gerak kerja kokurikulum sekolah tercapai
2. Memajukan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah
3. Mewakili guru besar menjalankan segala tugas yang diagihkan termasuk mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa kokurikulum
Tugas Setiausaha
1. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum
2. Memastikan keseimbangan agihan ahli pelajar dalam setiap persatuan, kelab, unit dan pasukan
3. Menyediakan jadual mesyuarat agung dan perjumpaan bagi semua unit kokurikulum
4. Menyediakan laporan dan minit mesyuarat
Tugas Ketua Penyelaras Kokurikulum
1. Membantu
setiusaha untuk menyediakan jadual aktiviti kokurikulum tahunan
berdasarkan perbincangan dan keputusan mesyuarat semua guru penasihat
kokurikulum
2. Bertanggungjawab dalam pelaksanaan program kokurikulum berjalan lancer tanpa masalah
Tugas Penasihat Kelab dan Persatuan, Sukan dan Permainan dan Unit Beruniform
1. Bertindak sebagai penasihat, pembimbing, pengurus, penyelia, penilai dan pelapor
2. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah
3. Merancang aktiviti tahunan dengan pelajar
No comments:
Post a Comment